Monday, 31 December 2012

Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Siapakah makhluk sebelum Jin & Adam?

Siapakah Al-Hin?

Baru-baru ini saya terbaca dalam 1 forum berkenaan dengan dialog seorang Ustaz dengan 1 makhluk yg tidak dapat dikenali dan di'scan' olehnya. Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia. Dikhabarkan mereka ini wujud sekitar 4 juta tahun dahulu. Wallahua'lam. Persoalannya, siapakah mereka yang sebenarnya?

Ikuti dialog diantara Ustaz dengan Al-Hin ini.

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di Pusat Rawatan. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak aku. 

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu.

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..
Mungkinkah "angel" yg diimaginasikan oleh orang-orang barat adalah Al-Hin?

Seorang novelis iaitu Ramlee Awang Mursyid pernah menulis dalam sebuah novelnya iaitu "Trilogi Cinta Sang Ratu" tentang golongan Poppy ini. Adakah beliau pernah bertemu atau berinteraksi dengan Al-Hin?
Sehingga sekarang saya masih memikirkan tentang Al-Hin ini? Adakah mereka ini benar-benar wujud?

Haa, best tak kisah ni? Kisah ni, saya dapat dari facebook. Admin Syahiruh yang share kpd saya. Terasa menarik dgn kisah ini, lantas saya memulakan langkah mencopy paste kisah tu. :)Kisah ni kami juga tidak mengetahui mengenai kesahihannya. Cuma, saja nak share dgn pembaca semua kerana kisah ini begitu menarik.

Penamat dan Permulaan

Ha,,tahun 2012 dah nak tamat
Mula la plak tahun baru 2013..

Jadi,,mestila ada azam baru kan?
Azam admin just simple,,



Wanna be the best of the best!!

Apa2pun,,kalau berazam je tanpa usaha,,
mesti jadi haru kan nnti!
Jadi,,semua kena doakan admin kuat mengharungi tahun depan dan dpt 
mlksanakn azam admin dgn sempurna k

Apa2pun yg admin azam,,semuanya hanya akan jadi dgn izin Allah,,
Jd,,kita kena sllu dekat dgn Yang Maha Pengasih la kan?

^^ So far,,result admin dr segi sahsiah,knowledge,academic and sports..
everything just not going so well

Tapi admin xnak pndg yg dah brlalu,,
yg pnting masa hdpn..
(Tapi kena ada juga pndg peristiwa lalu utk xmengulangi kesilapan yg sama kan?)

OKlah,
itu je entry mengarut admin kali ni,,
Happy New Year!
Mulakan tahun baru dengan betul,,
jgn salah sambut k!

credit to : http://www.123rf.com



Sunday, 30 December 2012

Selamat kembali ke sekolah.

Assalamualaikum.
Hanya beberapa hari lagi sekolah dah nak buka.
Gembira atau sedih?
*jujur tau!
Hikhikhik!


Apapun, saya mewakili admin blog LHM ingin mengucapkan,
Selamat Kembali Ke Sekolah.
Mulakan langkah ke sekolah dgn bismillah ye!
Dan juga dengan azam yang baru.
Malam sebelum ke sekolah tu, pastikan tidur awal.
Dan, jangan lupa kunci jam.
Sbagai peringatan kalau-kalau pagi esoknya terlewat bangun.
*sbb lupa kata dah sekolah. ^_^

Kepada calon UPSR, PMR, SPM 2013..
Good Luck! Jangan lupa untuk sentiasa berdoa kpd Allah.
Taat perintah agama.
Dan juga jangan menjadi anak derhaka ye!
>.<

Doakan kejayaan admin-admin blog LHM ini juga.
Sebab kami smua merupakan calon SPM 2013.
Tak lama dah.
Pejam celik pejam celik dah nak exam.
Dan, mungkin juga nanti blog LHM ni akan ditinggalkan berdebu buat sementara waktu kerana admin-admin pasti sibuk dengan sgala aktiviti mereka. Sorry ye. :)

Okay la, sekian saja kali ini.
Jom bersiap untuk Maghrib. :)
Assalamualaikum.

Thursday, 20 December 2012

Bercinta sehingga ke syurga bagi pasangan Bercinta/Couple?

Semalam,,admin Annisa ada menyentuh mengenai 
couple sebelum nikah kan?

Bagus entry beliau..ana ada sikit je nak menambah.
Harap2 admin Annisa tak marah la ye :D




Perasaan jatuh cinta tak dinafikan suci dan indah.
Ditambah pula dengan darah remaja sekarang,,kalau tak diluah perasaan cinta itu,
bimbang kekasih gelapnya itu dirampas.

Tetapi remaja2 itu lupa bahawa jodoh di tangan Allah,,
andai dia bercinta sebelum kahwin,,dia akan menemui pelbagai kesusahan di alam
perkahwinan kelak. Kerana itulah wujudnya penceraian.
Ya, penceraian itu halal TETAPI penceraian sepatutnya menjadi jalan keluar yang terakhir!
Penceraian juga merupakan perkara halal yang tidak disukai oleh Allah.

Apabila melihat para remaja dengan 'alim'nya,
post gambar mereka bersama kekasih dengan lagak mesranya,,
dan menyuruh rakan2 mereka,,mendoakan 'perhubungan' mereka itu supaya berkekalan hingga ke syurga.
'Pandai' sungguh mereka ini kan??
Cuba korang fikir,,adakah hubungan yang dipenuhi dengan gelagat ghairah
di luar hubungan perkahwinan ini halal sehinggakan boleh dibawa ke syurga?
Sudahlah aurat tidak bertutup,hanya dibalut!!

Konsep 'Bercinta sehingga ke Syurga' hanyalah wujud bagi hubungan2 yang halal,
yang diredhai oleh Allah!!

Muka tembok korang yang pernah buat macam tu,,taubat la banyak2!
Bukanlah macam ana ni baik sangat,,cuma ana tak nak la diri ana
je yang jadi baik,,korang entah ke mana..
Korang pun saudara2 ana juga,,saudara seagama!

Renungkan

Apakah hubungan 'bercinta sampai ke syurga' antara kekasih tak halal=HARAM 
tu boleh menambahkan rasa cinta kepada Allah?
Dan adakah itu satu cara yg sepatutnya??
Kalau berani pi la lamar ibu bapa kekasih gelap/terang korang tu!!
Ni yang 'berani'nya pi tackle budak mentah tu,,'berani' la sangat macam tu!



*sorry la panjang..idea isu 'bercinta sehingga ke syurga bagi pasangan bercinta/couple' ni
adalah idea rakan kami yang lebih dikenalai sebagai Farhana

Wednesday, 19 December 2012

'Best'kah bercinta sebelum bernikah?

Assalamualaikum.
Just a ordinary entry that I wanna share with all of you.
Ok, tgk tajuk.
Indahnya bercinta after nikah.
Ikuti kupasan tajuk ini bersama saya. :)


Islam menganjurkan perkara yang baik kpd umatnya.

Sebaliknya, sebahagian umatnya tidak merasakan perkara itu baik.
Contohnya, dlm kes bercinta.
Ramai orang tak kira umur, lebih suka bercinta before nikah.
Atau lebih tepatnya bercouple before nikah.
Susah nak cari pasangan yg bercinta after nikah ni pada zaman sekarang.
Nak cari pasangan bercinta sebelum nikah, mmg senang.
Ramai org mengatakan, bercinta after nikah ni, mmg amat-amat best.
* maybe akn ada yang cakap, "hang tau apa? nikah pun tak lagi".
Tpi, sebagai seorang Islam, saya juga mempunyai kewajipan untuk menasihati saudara se-Islam saya yang lain.
Dan, utk pengetahuan pembaca sekalian, apa yg saya sampaikan, berdasarkan pemerhatian saya selama ini.
Ok, saya ada satu soalan utk semua pembaca.
"Best ka bercinta before nikah? Sudh la setiap yg dilakukan dpt dosa walaupun hanya terasa kerinduan kepada org disana (zina hati) ? Byk lagi jenis zina. Aman kah hidup kita jika diselubungi dgn dosa-dosa kita?"


Cukuplah diri saya yg serba kekurangan ini memberikan nasihat.

Entah diterima, entah ditolak.
Sebelum mengakhiri penulisan pada kali ini, saya ingin berkongsi dgn anda smua, satu video.
Nak tgk video apa?
Sabar itu kan separuh dari iman. ;
*scroll bwh lagi.. :))
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Video pernikahan selebriti; Ally Iskandar dan blogger terkenal; Farah Lee.
Anda tonton video ni, dan anda akan mengetahui apa kaitannya entry saya kali ini dan juga video ini.

Wallahualam. Assalamualaikum. :)

Thursday, 13 December 2012

Di mana Agamamu ?

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan sedikit nasihat kpd sahabat semua.

Jagalah pergaulan !
Jagalah pergaulan !

Ya, pada masa kini, pergaulan antara lelaki dan perempuan amatlah bebas.
Saya tak ingin menyebut mengenai satu situasi, jika sesorang itu anak ustaz contohnya,
sikapnya, pergaulannya langsung tidak menggambarkan keperibadian ayahnya itu.
Nauzubillah.

Selain itu, pada masa kini, sekolah aliran agama tidak mempunyai kelebihan dari segi agama, tidak seperti suatu masa dulu.
Kini, sekolah aliran agama mahupun sekolah aliran biasa, tidak mempunyai perbezaan yang ketara.
Misalnya, pergaulan bebas, isu couple, meniru ketika peperiksaan dan lain-lain lagi.
Di mana terletaknya AGAMA kita wahai sahabat-sahabat?
Kelebihan yg terdapat pada sekolah agama yg dpt membezakannya dgn sekolah aliran biasa adalah :-
1) Pelajar perempuan memakai tudung bidang 60 ketika di sekolah
2) Ketika PMR, smua pelajar hendaklah mengambil sebanyak 9 subjek.
3) Ketika SPM pula, smua pelajar haruslah mengambil sebanyak 11 subjek.
4) Pada setiap pagi, diadakan majlis perhimpunan beserta bacaan Al-Quran
5) Ada kelas yg diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan
TETAPI
Kenapa masih wujud gejala-gejala negatif di sekolah beraliran agama?
Subhanallah.

Jom renung-renungkan dan memperbaiki diri kita.
Assalamualaikum.
=)

Haram hukumnya couple !


Renungkan. :)


Berbuatlah baik selagi masih hidup. :)

Saturday, 8 December 2012

Jenayah Siber pun Haram tau!!!

Assalamualaikum,,harini ana nak buat entry yg SANGAT SIMPLE!

Jenayah Siber!!
Mesti ramai tau kan apa maksudnya...

Hacking,,stalking,,dan byk lagi ...king :3

gambar hiasan je!

Anyway, back to main point. 
Ana tak rasa jenayah siber ni bagus la.
(memang tak bagus pun)
malah HARAM hukumnya
sebab ia menyusahkan hidup orang yang
dihack,,kadang2 merosakkan nama
buruk pemilik FB tu. 
Bukan ke tu fitnah??
Rasanya semua Malaysian pandai
pasal hukum ni kan? 
(sampai ubah ikut suka hati je,,HARAM couple dijadikan HARUS =='')

Nak bahagia dunia akhirat,,tambahkanlah ibadat,,
jangan tambah dosa..
Pandai2 la otak korang cerna ye ^^