Sunday, 8 December 2013

Panasnya hati!

Assalamualaikum,,
lama dah admin menghilang kan?
Maklumlah calon SPM,,err..bekas calon SPM
Doakan semua admin dapat result yg flying colour tau

Dah habis SPM ni, 
ramai kawan admin yg boring.
Tak kurg juga yg mudah terasa ngan kata2 org
kdg2 dituduh membuka aib, mengumpat.
tp admin rasa ad kategori ngumpat yg dibolehkn,
syaratnya jgnla bgtau nama atau ciri2 yg membuat org blh tau sapa org yg diumpat tu.
dan klau nk ngumpat utk kebaikan,utk tujuan dakwah..jgn guna perkataan yg pedas.
nanti hati diorg panas
sbb org yg makan cili always terasa pedasnya.

wlwpun org selalu kata,,
"manusia mana sempurna"
tp x salah klau kita x tunjuk kelemahan dan kecacataan kita pd org lain kan?
kalau kita tunjuk,,kiranya kita laa yg sbnrnya bagi modal kat org nak mngumpat,

ad sorg kwn admin prnah kata,
manusia buat salah utk bljr dr kesalahan.
tp x salah kan kalau kita bljr dr kesalahan org supaya kita xkan buat kesalahan tu
tp lumrah manusia selalu nk cuba prkara yg x blh.

kpd yg selalu terasa 'panas' ngan mana2 entry ka,post ka, tweet ka,kata2 ka,malah entry ni sekalipun,
sjukkan hati tu, cuba muhasabah ,
masakan pokok nk brgoyang tnpa sbb?

kalau yg nk brdakwah ttpi takut dipulaukan,
jgn putus asa!
truskan!
tp jgn kasi 'panas' sgt,,buat lmbut2 dulu,
biaq mudah sikit depa yg dh mkn cili ni trima dan hadam prkara tu.

okay, takat tu ja admin nak tulih,
Assalamualaikum ;-)

Tuesday, 17 September 2013

Islam is Our Religion on Facebook

Assalamualaikum. =)


Kali ni, admin nak promote page fb yang diuruskan oleh admin - admin page ni. Tapi, buat masa sekarang, kami jarang mengapdet. Hanya kadang - kadang sempat post gambar atau share. Agak busy.

So, jemput la Like page kami ni. Tekan link di bawah ye untuk ke page itu. =)
Mohon jasa baik anda untuk menekan button like di page tu. Syukran.
That's all for today. Thank you! :)
Assalamualaikum.

Sunday, 8 September 2013

Kiamat Sudah Dekatkah?

Assalamualaikum :)
Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan berdebu begitu sahaja, harini admin Nisa mendapat kesempatan nak apdet sikit. Sebelum ni bukan tak berkesempatan, tapi masa terlalu terhad. Maaf ye. :) Sekarang ni, admin-admin blog LHM ni sedang busy menempuh Trial SPM 2013. InsyaAllah, selasa [10 Sep 13] ni selesai. Huhu.. Doakan yang terbaik buat kami semua. :)

Hurm, dalam sedar tak sedar, Syawal dah berlalu meninggalkan kita. Zulkaedah dah kan sekarang ni? Hurm, that's mean tak lama lagi tahun 1434 Hijrah nak melabuhkan tirai kan? Sedih tak? Semestinya sedih kan? Dengan isu yang berlaku di Syria, Palestin dan merata lagi pelosok dunia membuatkan kita tertanya-tanya, adakah kiamat sudah sangat hampir? Am i right? 

Dan, benda yang amat kita takuti ialah Hari Pembalasan di akhirat nanti kan kalau berlakunya kiamat? Hari dimana segala amalan kita akan dihitung.. Allahuakbar! Takutnya.. Kalau berat timbangan amalam kebaikan, maka masuklah kita ke syurga Allah. Tetapi, jika berat timbangan amalan kejahatan, maka masuklah kita ke neraka Allah. Ya Allah, selamatkanlah kami..

Dan, kalau kita kaji, tanda - tanda kecil kiamat yang telah disebut di dalam Al-Quran dan Hadis, hampir semuanya telah berlaku. Contohnya, gempa bumi boleh dikatakan setiap hari akan berlaku. Ibu - ibu melahirkan tuan - tuannya memang dah berlaku sekarang ni dan macam - macam lagi la contoh. Saat ini, kita hanya menanti tanda - tanda besar kiamat yang akan berlaku.

Kiamat sudah dekat?

Oleh itu, kita sebagai Mukmin dan Mukminah hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita akan memasuki syurganya. Nak masuk syurga pun adalah kriteria-kriteria yang perlu kita penuhi kan? So, jom la kita penuhi kriteria-kriteria untuk diterima sebagai ahli syurga. Tak susah pun kan? :)

Okay la awak semua. Sekian dahulu untuk petang ini. Admin ingin memohon kemaafan jika apa yang admin tulis ni ada menyinggung perasaan sesiapa. Maafkan admin. Akhir kalam, semoga kita dapat bertemu lagi dalam entry yang berikutnya. InsyaAlllah, Assalamualaikum! :)
SYIAH! TOLONG JANGAN MENDEKATI KAMI!

Saturday, 16 March 2013

Tidak bergiat secara aktif buat sementara waktu

Assalamualaikum.
Admin-admin blog LHM ingin memohon kemaafan kerana tidak dpt melakukan kami iaitu apdet blog ini dgn entry-entry yg berkaitan agama, salah faham dan lain-lain.
Admin-admin amat busy, kerana merupakan calon SPM 2013.
Mungkin slps SPM tamat baru kami akn bergiat aktif semula.
Sekali lagi, maaf ye.

Doakan kejayaan admin-admin dalam SPM nnti.
Assalamualaikum.
:)

SPM 2013 candidates.

Tuesday, 12 February 2013

Berselawat | PSY di Malaysia


Assalamualaikum.
:)
Dh lama kan entry tak berganti baru?
Maaf ye..

Okay la, pada pagi yang sggh nyaman ni, admin nk sharing satu kisah berdasarkan vid di ats..
Pastikan anda semua dah tgk dan hayati liriknya..
Best kan lagu dia?
Tenang ja jiwa..

Rasulullah..
Baginda merupakan seorang nabi utusan Allah yang terakhir!
*tpi, masih ada lagi yg mengaku diri dia tu rasul/nabi.. [ajaran sesat yg mmg sesat sggh]
Sejak dari kecil sehingga la dewasa, baginda terpaksa menempuh pelbagai onak duri utk menegakkan dan menyebarkan syiar Islam.
Sehingga ke hujung nyawa baginda, baginda masih menyebut 'umatku, umatku'..
Tapikan, adakah nama Rasulullah sentiasa dibibir umat baginda pada zaman ini?
Sggh menyedihkan..
Oleh itu, jom la kita sama-sama berselawat.
Daripada bibir kita sntiasa dibasahkan dgn lagu yg lagha, baik kita basahkan bibir dgn selawat.
Pahala pun dpt, ketenangan jiwa pun dpt. :)

Industri muzik pada zaman ini juga amat menyedihkan..
Kalau nasyid2 yg memuji Allah, Rasulullah, mesti tak akn popular pnya.
Klau lagu yg melalaikan, lagu cinta, ofcoz akn popular!
Cth : Gangnam style.. [what the style tuu?]

Ada satu hot story yg trending kat Malaysia sekarang ni.
Isu PSY mai Malaysia..
Kalau stakat dia nak mai, org tak bagi sambutan tu, ok la kan?
Ni, rakyat Malaysia bagi sambutan yg begitu hangat la!
Dan, para remaja pun ramai yg menghadiri konsert tu..
Admin rasa sedih dan malu!
Sedih sbb ramai pulak boleh hadir kalau konsert kan?
Kalau majlis ilmu, berapa sgt la yg nk hadir?!
Malu sbb ramai yg p konsert tu, org Melayu..
Org Melayu ni kan, lazimnya agama mereka Islam..
Tapi, Melayu itu tidak menjamin agama mereka ISLAM.
Ramai Melayu yg tidak menunjukkan mereka itu ISLAM.
Sggh menyedihkan dan memalukan!!
Haaa, apa pendapat anda semua?

Sekian saja utk kali ini.
Kalau ada salah dan silap, tlg tunjukkan ye.
*kalau ada yg silap, tlg betulkan kat komen ye. :)
Assalamualaikum.

Jom kita sama-sama berubah kearah kebaikan.

Friday, 1 February 2013

Gaza Tonight - UNIC feat Nash


Jgn lah senang-senang kita nak mengaku kalah.
Berjuang bermatian-matian dulu.
:)

Sunday, 27 January 2013

Labuhkan tudung anda wahai wanita!!

Assalamualaikum.
:)
Dh lama kan blog ni terbiar camtu ja?
Sorry tau, sbb admin2 busy.
Hehehe.

Ok, harini admin Nisa' nk share sikit la ngn korang semua.
Tgk tajuk entry nih.
Nmpk tak !! kat hujung dia?
Okay, tu menunjukkan saya teramat geram.
Why?
Sbb, saya ternampak kwn2 saya, dgn selamba memakai tudung dan dia just selepang camtu ja.
*faham kan selepang tu camna?
Mmg nmpk la dia pnya harta.
*bukn nk ckp loklaq ok! (loghat perlis tu. :D )
Pastu, saya try tegoq..
And, she just ignore it!
Ok, mmg saya akui, saya jugk tak pkai tudung labuh bidang 60.
Saya jugk kadang-kadang tak pkai stokin.
Tapi, jagalah sikit harta tu.
Takmalu ka?
Saya, mmg amat menitik beratkan hal berkenaan tudung.
Walaupun tudung bidang biasa ja, maybe bidang 45, saya tetap akn usaha supaya bahagian dpn agk labuh dan dpt menutupi dada.
Saya ttp akn berusaha..
Dan, seboleh-bolehnya saya hendak berubah untuk memakai tudung yg lebih labuh.

Kalau bagi alasan tak reti nak menggayakan tudung, tipulah!
Search ja kat Youtube, mmg byk tutorial yg mengajar kita utk menggayakan tudung.
Cth kat bawah tu. :)


Tudung bidang biasa tu pun, okay dah..
Cuma, kalau lagi labuh, lagi bagus la. :)
Cuma, sila pastikan, tak nmpk anda punya harta kat bwh tudung tu!

Sorry kalau dlm entry ni, saya agk menonjolkan diri saya.
Tujuan saya utk menjelaskan, saya juga tidaklah sempurna.
Masih mempunya cacat cela.
Sekian saja untuk kali ini.
Assalamualaikum. :)

Friday, 11 January 2013

Tanggungjawab pelajar sebagai pelajar.

Assalamualaikum. ^^
Apa khabar wahai muslimat sekalian?
Busy ke sekolah?
Homework byk?
Sabar la. Dah tu mmg tugas kita sbagai pelajar.
Hurm, malam ni admin Nisa' nk share something..

Haa, tanggungjawab kita.
Siapakah kita?
Jeng.. Jeng.. Jeng..
First of all, muslimat.
Second, student.
Third, solehah daughter / soleh son.
Betul dak??

Jom kita cerita about tanggungjawab kita sebagai pelajar.
*nnti mlm bila2 pulak, admin share tanggungjawab yg lain pula ye
Pelajar.
Apa tugas kita?
Belajar la!
Tapi, kita selalu ada halangan kan bila kita betul-betul nak belajar dgn tekunnya.
Cth : bila kita tgh bersemangat nak buat keja rumah, tiba-tiba rasa, ish, malasnya nk buat!
Haaa, sapa yg dok hasut kita tu?
Hehehe, takkan tak tau!
Si syaitan tu la!

Lagi kan, tugas pelajar ni hanyalah belajar.
Bukannya bercinta~
Lalala~
*gatai sggh nk bercinta, duit pun mak ayah dok bagi*
Haaa, mak admin pun slalu ckp.. Nk tau dak apa yg mak admin ckp?
" Jangan dok gatai sgt nk bercinta! Duit pun mak abah dok bgi tiap2 hari. Umoq pun baru belas-belas, ada hati nak bercinta. Mau laki, nak bgi anak dara org mkn natang apa? Batu?"
Mak admin mmg tak suka tgk anak2 muda dok bercinta.
Sbb katanya, pelajaran hilang entah ke mana.

Pastu kan, pelajar ni ada tanggungjawab terhadap sekolah jugk tau!
Sekolahku rumahku!
*admin syg skolah admin. syg mcm rumah sniri*
Harta benda sekolah tu, kita jagalah sama-sama.
Jangan la dok merosakkan ja.
Ni habis dirosakkan harta benda tu, sampai tak boleh guna dah.
Sedih tau! :'(

Admin ada banyak homework la cuti dua hari ni. Mmg nak kna habiskan cpt sbb ahad nanti dah start tusyen. Sorry ye takboleh update entry yang power-power sikit. Nanti bila admin free, admin akan update lagi tau!
Ok la, assalamualaikum.