Assalamualaikum :)
Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan berdebu begitu sahaja, harini admin Nisa mendapat kesempatan nak apdet sikit. Sebelum ni bukan tak berkesempatan, tapi masa terlalu terhad. Maaf ye. :) Sekarang ni, admin-admin blog LHM ni sedang busy menempuh Trial SPM 2013. InsyaAllah, selasa [10 Sep 13] ni selesai. Huhu.. Doakan yang terbaik buat kami semua. :)
Hurm, dalam sedar tak sedar, Syawal dah berlalu meninggalkan kita. Zulkaedah dah kan sekarang ni? Hurm, that's mean tak lama lagi tahun 1434 Hijrah nak melabuhkan tirai kan? Sedih tak? Semestinya sedih kan? Dengan isu yang berlaku di Syria, Palestin dan merata lagi pelosok dunia membuatkan kita tertanya-tanya, adakah kiamat sudah sangat hampir? Am i right?
Dan, benda yang amat kita takuti ialah Hari Pembalasan di akhirat nanti kan kalau berlakunya kiamat? Hari dimana segala amalan kita akan dihitung.. Allahuakbar! Takutnya.. Kalau berat timbangan amalam kebaikan, maka masuklah kita ke syurga Allah. Tetapi, jika berat timbangan amalan kejahatan, maka masuklah kita ke neraka Allah. Ya Allah, selamatkanlah kami..
Dan, kalau kita kaji, tanda - tanda kecil kiamat yang telah disebut di dalam Al-Quran dan Hadis, hampir semuanya telah berlaku. Contohnya, gempa bumi boleh dikatakan setiap hari akan berlaku. Ibu - ibu melahirkan tuan - tuannya memang dah berlaku sekarang ni dan macam - macam lagi la contoh. Saat ini, kita hanya menanti tanda - tanda besar kiamat yang akan berlaku.
Kiamat sudah dekat?
Oleh itu, kita sebagai Mukmin dan Mukminah hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita akan memasuki syurganya. Nak masuk syurga pun adalah kriteria-kriteria yang perlu kita penuhi kan? So, jom la kita penuhi kriteria-kriteria untuk diterima sebagai ahli syurga. Tak susah pun kan? :)
Okay la awak semua. Sekian dahulu untuk petang ini. Admin ingin memohon kemaafan jika apa yang admin tulis ni ada menyinggung perasaan sesiapa. Maafkan admin. Akhir kalam, semoga kita dapat bertemu lagi dalam entry yang berikutnya. InsyaAlllah, Assalamualaikum! :)
SYIAH! TOLONG JANGAN MENDEKATI KAMI!