Saturday, 25 January 2014

Drama Novel Best!

Assalamualaikum,
hari ni kan, saya nak ulas sikit la pasal drama novel.
Mesti semua dah sedar kan, hampir semua drama (terutamanya di TV3) diadaptasi drpd novel.
Mestilah bukan novel yang biasa-biasa tetapi novel bestseller.
Seronok memang seronok, tapi karya yang diadaptasi sesetengahnya dirosakkan.
Contohnya, fikirlah sendiri ya.
Dan dalam orang sibuk mengadaptasi novel-novel indahnya cinta dan rumahtangga, muncul karya hebat nukilan Ustazah Fatimah Syarha : Aku Ada Wali.
Drama ni sgt berilmu dan berhikmah, pelakonnya juga hebat.
Pokoknya, semuanya serba HEBAT.
Sebab tu lah, saya nak juga lebih ramai penulis yang mempersembahkan karya sebegini.
Menghiburkan sambil berdakwah.
Dunia akhirat dapat diraih kan?
Kalau nak harapkan saya, saya ni kurang berbakat dalam penulisan. Ilmu dunia dan akhirat pun sama-sama kurang (sama-sama kita tambah ya?)
Ha, ni kan gaya bahasa saya berubah sebab baca karya kawan saya.
Dia ada bakat besar, BESAR!
Nama dia NUREEL IMANINA BT ABDUL GHANI. (dia admin blog ni juga)
Seriously, lentok bahasa dia sgt mghiburkan (sekurg-kurgnya pada saya lah)
Kalau teringin nak baca karya dia, tekan la nama tu.
Itu je, Assalamualaikum  ^_^

Friday, 3 January 2014

Alhamdulillah, Ya Allah !

Assalamualaikum.
Cepat sungguh masa berlalu kan? Harini dahpun 3 Januari 2014. Alhamdulillah, kesemua admin kini masing - masing telah selamat menamatkan SPM kami pada tahun lepas dengan selamatnya. Haha.

Maafkan kami juga ye, walaupun telah selamat mengharungi SPM, tapi kami tetap tidak mengupdate entry baru di sini. Sorry!
Sebelum ni, kami jarang update kerana berasalan kami sibuk dengan SPM. Kan? Tapi kini tidak lagi! Kami sudah tidak sibuk dengan SPM! Tapi kami rindu nak pegi sekolah, macam dulu - dulu. :(

Actually, page Islam Is Our Religion sudah mencapai likes melebihi 500 likes. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada semua yang sudi like page itu. Jasa anda semua amat kami (pihak admin) hargai. Marilah sama - sama kita menyebarkan dakwah walaupun dengan menyebarkan status2 yg berilmu di facebook. :)

Sekian dahulu untuk entry ini. Kepada yang belum likes page Islam Is Our Religion, jemput la like! Tak rugi pun. Nak kata untung tu, untung la jugak. Hehe.. Kepada yang dah likes tu, jemput la rakan - rakan anda untuk turut serta likes dan follow page kami. InsyaAllah, kami akan menyediakan status2 hati yang bermanfaat dan berilmu. InsyaAllah. Semoga Allah perkenankan usaha kami semua, dan anda juga. Ameen.. :)

Assalamualaikum.


*Vokalis Edcoustic yang juga merupakan komposer lagu diatas, Aden telah meninggal dunia. Al-fatihah. Berita (Sinar Harian)
Telitilah lirik lagunya. Subhanallah, sungguh indah bukan liriknya? Huhu!