Assalamualaikum. :)
Lama admin meninggalkan blog ni.
Maaf, admin busy. Idea ada, tapi entah la, mungkin syaitan mendesak supaya jangan meng'apdet' mungkin. Huhu. Tapi, insyaAllah petang ni, walaupun cuaca sangat panas, internet pulak agak slow, admin akan berusaha untuk mengapdet blog. Kihkih..
Petang ni, admin nak highlight topik MENCEGAH KEMUNGKARAN. Kemungkaran sentiasa berlaku di dalam kehidupan kita. Topik ni kita ada belajar dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 2 kalau admin tak silap. Skop Hadis. Hadis tu masih segar dalam kotak pemikiran admin. Alhamdulillah.
عن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه قالا سمعت رسول الله (ص) يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان.
(رواه مسلم)
Maksudnya. Daripada Abu Said Al-Khudri R.A, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubah dengan lidah, kiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah - lemah iman.
Apakah maksud kemungkaran?
Ialah setiap aktiviti yang diharamkan oleh syarak sama ada kesalahan terhadap Allah s.w.t atau kepada manusia.
Hukum mencegah kemungkaran?
Hukumnya adalah WAJIB ke atas setiap umat Islam.
Cara - cara untuk mencegah kemungkaran berdasarkan hadis?
( i ) Mencegah dengan tangan : Iaitu menggunakan kuasa yang ada pada seseorang dalam mencegah kemungkaran. Contohnya, pemimpin sesebuah negara mencegah kemungkaran dalam kalangan rakyatnya dengan melaksanakan undang - undang, cikgu disiplin menghukum pelajar yang ponteng sekolah dan sebagainya.
( ii ) Mencegah dengan lidah : Iaitu memberi nasihat, bimbingan atau teguran. Contohnya, bapa menegur anaknya yang melakukan perkara mungkar, ustaz sedang menyampaikan tazkirah dan sebagainya.
( iii ) Mencegah dengan hati : Iaitu membenci kemungkaran tersebut dan menghindarkan diri dari tempat kemungkaran itu. Contohnya, apabila seseorang melihat kemungkaran, tetapi dia tak mampu mencegah dengan tangan atau lisan, lalu dia terus meninggalkan tempat itu.
[ Copy paste dari buku rujukan Pendidikan Islam PMR ]
*********************
So, jom bersama - sama kita mencegah kemungkaran sedaya yang kita mampu. Kalau awak mampu mencegah dengan tangan (kuasa) awak, okay teruskan. Kalau awak tak mampu, jangan putus asa. Awak boleh mencegah dengan lidah. Tapi kalau awak tak boleh tegur yakni menggunakan lidah awak untuk menegur, jangan risau, awak boleh mencegahnya dengan hati. Tapi, kesan untuk mencegah dengan hati, hanya awak je la yang mendapat kebaikan. Kemungkaran tu masih berjalan seperti biasa. Kan? It's okay. Buat ja sedaya yang kita mampu. InsyaAllah kita mampu kan? Islam tak pernah memberatkan dan menyusahkan kita, tetapi kita yang sering menyusahkan diri kita. Betul ke tidak? Huhu..
So, kalau awak nampak adik awak tak kira lelaki atau perempuan yang memakai pakaian yang tidak menutup aurat, awak hendaklah gunakan kuasa awak sebagai abang atau kakak untuk mencegah perkara tu dari berlaku kan? Bukan apa, kalau kita tak tegur, tak cegah, nanti di akhirat, kita akan disoal oleh Allah, kenapa kita tak cegah perbuatan tu. Akibatnya, kita pun turut mendapat saham tu walaupun kita tak terlibat secara langsung. :)
Tugas seorang ayah dan ibu juga amat berat. Bukan setakat memberi nafkah yang secukupnya kepada anak - anak, malahan harus mendidik anak mereka dengan ilmu dunia dan akhirat yang secukupnya. Ibu bapa juga harus lah sentiasa memastikan anak - anaknya tip top dari segi amalan agama seiring dengan amalan untuk kehidupan di dunia. Contoh la kan, anak tu suka la pakai baju adik, seluar adik, tudung adik.. Takkan ibu atau ayah tak boleh tegur. "Kakak, tak boleh pakai macam ni. Berdosa. Tukar baju lain". Ataupun, masa proses membeli baju atau seluar atau tudung sedang dilakukan, ibu atau ayah haruslah sering memesan dan menegur, "Baju ni tak boleh beli! Ketat! Mak tak bagi, Allah pun tak bagi". So, mesti anak tu tak berani kan nak pakai 'seksi' bagai? Puncanya, ibu bapa tu yang harus meneliti anaknya dengan teliti. Charge iman anak - anak tu sama. Jangan kita ke masjid, anak - anak ke shopping complex. Kalau boleh, angkut semua anak - anak ke masjid. Biar dia pun dapat charge semula iman dia. Am i right?
Pendek kata, kita memang WAJIB la mencegah kemungkaran. WAJIB okay! Bukan sunat. Huhu. Jom, kita sama - sama berusaha. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan Allah.
Assalamualaikum.
#SalamJumaat #MuhasahDiri #MuhasabahBersama
No comments:
Post a Comment